sktakuli.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TAKULI
SEK.KEB.TAKULI PETI SURAT 166 BEAUFORT Tel : 087 212708, Faks :
e-mel : sktakuli@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(EN JALANI HJ RIJIM)


Assalamualaikum Wrbkth.

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah hendaknya Laman Web SK Takuli di terbitkan.Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK unit ICT SK Takuli dalam penyediaan Laman Web ini seterusnya barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar seterusnya  setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Dihaharp agar semua pengunjung yang melawati laman web ini semoga akan dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan pendidikan sekolah.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar semua barisan  pendidik di sekolah ini agar dapat mempertingkatkan usaha dan  kegigihan dalam menjana kecemerlangan sekolah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Saya memberi keyakinan kepada  semua  pendidik di sekolah ini yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dalam merialisasikan kecemerlangan sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan  serta membentuk imej dan keyakinan diri yang positif di kalangan warga sekolah

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Sekian,

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: